"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik" ~ surah AL-HADID:ayat 16
Alhamdulillah pagi ramadhan yang ke-20, diberi kesempatan untuk terus mengabdi diri kepada Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha penyanyang. Satu tabiat yang menjadi kebiasaan saya sejak kecil adalah suka duduk di depan tangga.
Memandang sekeliling di waktu pagi, mata saya tertumpu pada seekor spesis tupai. Agak besar sedikit dari tupai biasa dan berwarna hitam. Nampak ia sedang asyik bermain-main di bawah pohon pelam epal sambil berpaut pada tangga yang tersandar di pohon tersebut.
Di masa yang sama, berlari-larian 2ekor tupai di atas tanah lalu terus memecut memanjat pohon jambu. Tersenyum saya sendiri lalu entah semena-mena kepala ni memikirkan dan hati pula berbisik:
“Alangkah bertuahnya tupai-tupai ini menjadi makhluk yang tiada taklif seperti diriku. Dia hanya hidup, tiada tanggungjawab yang berat seperti manusia. Tidak akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang apa yang telah dilakukan di dunia.”
Entah boleh atau tidak saya berfikir sebegitu. Sememangnya itulah yang dirasakan bagi manusia yang banyak khilaf seperti saya, dan saya pasti di kalangan anda juga pernah terfikir sebegitu. Bukanlah bermaksud menafikan nikmat Allah
swt yang telah memilih kita untuk menjadi sebaik-baik ciptaan, tetapi hanya mengenangkan betapa berat tanggungjawab seorang manusia menanggung seberat beban yang tidak dimahukan oleh gunung-ganang untuk membawanya.
Ingatkah kita terhadap firman Allah
swt:
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Surah al-Hasyr: ayat 21
Lihatlah apabila Allah
swt berikan gambaran kepada kita tentang takutnya dan tunduknya gunung apabila diberikan al-Quran kepadanya lantaran rasa yang terlalu takut kepada Allah
swt. Tetapi kita? Yang ada akal, setiap hari melihat ayat Allah
swt, tetapi hati kita langsung tidak dilanda rasa yang teramat takut dengan Allah
swt ketika bermaksiat kepada-Nya.
Saya hanya ingin mengajak untuk sama-sama muhasabah diri sendiri, banyak manakah kita sudah laksanakan apa yang Allah
swt suruh, dan tinggalkan 100 peratus apa yang Allah
larang. Kerana di situ letaknya bebanan tanggungan yang kita hendak jawab di depan Allah
swt.
Saya bukan manusia yang bebas dari dosa, justeru saya juga penuh dengan palitan dan percikan dosa, saya suka untuk mengajak diri kita sama-sama kembali kepada tujuan kita diciptakan. Mustahil untuk kita diciptakan sia-sia, sungguh sesuatu yang mulia apabila diciptakan oleh Pencipta yang Maha Mulia, tentunya tujuannya sangat mulia juga. Untuk kembali ke Perkampungan Fitrah kita, iaitu “Syurga Yang abadi”.
Jadi, mulai hari ini apa kata kita muhasabah diri kita setiap hari dan berusaha membuat persiapan untuk kembali ke perkampungan fitrah kita kelak insyaAllah.
Jom!!